Bazar Raya NADI 2026
15 Mac 2026 | Aktiviti Terkini14 Mac 2026 – Bazar Raya NADI Linggi telah berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk sekitar.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada para usahawan yang menyertai Bazar Raya NADI Linggi, pengunjung yang hadir memeriahkan suasana dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Ucapan penghargaan juga kepada Encik Mohd Taufiq Zabidi, Penolong Pengarah MCMC Negeri Sembilan yang turut hadir dan memberi sokongan.
Semoga program seperti ini dapat terus menyokong usahawan tempatan serta mengeratkan hubungan komuniti setempat.
Terima kasih atas sokongan semua dan semoga kita dapat berjumpa lagi dalam program akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: